shaklee

shaklee
pm/wasup 01111346656 for any inquiry and order

Tuesday, August 23, 2016

Bagaimana tubuh berfungsi


Bagaimana tubuh kita berfungsi?

Malam (9.00 malam - 11.00 malam)
Masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasana yang rileks.

Malam (11.00 malam-1.00 pagi)
Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1.00 pagi - 3.00 pagi)
Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3.00 pagi - 5.00 pagi)
Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalami batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan mengganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5.00 pagi - 7.00 pagi)
Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7.00 pagi - 9.00 pagi)
Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30 pagi sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul

9.00 pagi-10.00 pagi
Sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali.

Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4.00 pagi juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah. Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...