shaklee

shaklee
pm/wasup 01111346656 for any inquiry and order

Sunday, February 28, 2016

Products 100% Tanpa hydroquinone

Hi readers..  jom kita tambah ilmu pasal products kecantikan..

APAKAH ITU HYDROQUINONE?

Hydroquinone adalah sejenis bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hydroquione adalah untuk membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih. Sebenarnya bahan hydroquione digunakan untuk proses mencuci gambar. Malangnya pada hari ini ia dicampurkan secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai agen pemutih kulit yang menyebabkan kulit semakin nipis dan mengelupas. Sebenarnya hydroquinone adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye’.

Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4%.

BAGAIMANA HYDROQUINONE DIGUNAKAN?

Pada kebiasaanya ia disapu pada kulit 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Ia tidak boleh digunakan berhampiran mulut atau mata. Ia juga tidak boleh digunakan pada kesan terbakar cahaya matahari (sun burn) ataupun di tempat luka.

Kesan perubahan boleh dilihat di dalam masa 4 - 6 minggu. Ketika menggunakan hydroquinone, kulit akan menjadi sensitif dan cahaya matahari hendaklah dielakkan.

Kesan pencerahan hydroquinone bertahan hanya selama 4 - 6 bulan dan tidak berkekalan. Oleh itu, penggunaan krim haruslah berterusan. Sekiranya tiada kesan selepas 3 bulan, aplikasi hydroquinone perlu diberhentikan.

MENGAPA HYDROQUINONE BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?

Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association) di Amerika telah mencadangkan untuk mengharamkan penjualan hydroquinone 2% kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor. Ini bermakna hanya doktor sahaja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone walaupun dengan kekuatan 2%. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi.

Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya. Ia lama kelamaan berkurangan.

Kesan allergi kepada hydroquinone juga telah dilihat kepada si pemakai. Allergic contact dermatitis adalah alahan kulit apabila terkena ubat ini. (lihat gambar di atas). Ochronosis adalah satu penyakit kulit yang jarang-jarang berlaku ketika menggunakan hydroquinone. Ia menyebabkan kulit menjadi tebal dan hitam di tempat kulit terdedah kepada bahan itu. Ia biasanya berlaku kepada orang kulit hitam.

Walaupun tiada data yang lengkap kepada manusia, eksperimen kepada binatang menunjukkan kaitan di antara hydroquinone dengan kanser kulit. Ada juga hypothesis (belum dibuktikan) yang mengaitkan bahan ini dengan kanser leukemia. Ini adalah kerana hydroquinone adalah hasil metabolite daripada penguraian benzene, sejenis penyebab kanser.

Penggunaan hydroquinone oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu harus dielakkan kerana tidak ada kajian khusus telah dijalankan.

KESAN SAMPINGAN HYDROQUINONE SELEPAS MENGGUNAKANNYA

-          Penghitaman kawasan kulit, terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.

-          Kawasan kulit boleh terluka, terbakar, kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.

-          Turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.

-          Jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan kesan terbakar pada mata dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam.

-          Jika tidak digunakan selama beberapa hari kulit akan menjadi hitam dan bertompok.

-          Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana, proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultara ungu dan sinaran matahari berlebihan yang berpotensi mendapat kanser kulit.

Takutkan lepas membaca pasal bahan kimia ni...jom bertukar kepada shaklee yang 100% bebas bahan kimia merbahaya..

Kenapa rezeki tersekat?

REZEKI TERSANGKUT

Bila bekerja, pergantungan dengan Allah kena kuat.
Bukan bos yang bagi rezeki.
Bukan pelanggan yang bagi rezeki.
Tapi Allah 😊.

Kita solat fardhu, ditambah pula dengan solat sunat Dhuha.
Baca al-Quran dan zikir selalu.
Sedekah kepada orang susah dan anak yatim.
Bermacam amalan dah buat, tapi rezeki tak masuk-masuk juga.

Gaji dapat bulan tu, tapi kereta / motor asyik rosak.
Untung bisnes masuk banyak, tapi telefon hilang, barang niaga rosak.

Ada dua perkara.
1) Allah mahu uji keikhlasan kita kerana Dia. Kita berdoa dan buat amalan sungguh-sungguh mahu dapat ganjaran dari Allah semata-mata atau betul-betul mahu dekatkan diri kepada Allah.

Jangan berhenti dari terus meminta. Hanya Dia tempat kita bergantung harap.

2) Ada lubang yang buatkan rezeki kita tersangkut.
Apa dia?

👉 Kita sedekah dekat orang susah dan anak yatim. Tapi dengan ibu ayah dan saudara terdekat, kedekut.

👉 Kita solat sunat Dhuha selalu untuk jemput rezeki. Tapi jual produk yang tak ikut syariat Islam, post gambar iklan tak menutup aurat.

👉 Kita jaga hubungan dengan Allah sungguh-sungguh. Tapi ikhtilat dengan berlainan jantina tak jaga. Bercinta dengan yang tidak halal. Berkhalwat (berdua-duaan) dengan tunang sendiri.

Hidup.
Bila sudah makin dekat dengan Allah.
Usaha la tutup 'lubang' maksiat.
Bukan setakat rezeki je Allah mudahkan.
Malah hidup pun akan aman dan tenang sentiasa.

Kembalilah pada Allah.
Hiduplah dalam Syariat Islam.
Moga selamat dunia akhirat.

Allah Jua Maha Tahu 🌷😊.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...