shaklee

shaklee
pm/wasup 01111346656 for any inquiry and order

Sunday, February 28, 2016

Kenapa rezeki tersekat?

REZEKI TERSANGKUT

Bila bekerja, pergantungan dengan Allah kena kuat.
Bukan bos yang bagi rezeki.
Bukan pelanggan yang bagi rezeki.
Tapi Allah 😊.

Kita solat fardhu, ditambah pula dengan solat sunat Dhuha.
Baca al-Quran dan zikir selalu.
Sedekah kepada orang susah dan anak yatim.
Bermacam amalan dah buat, tapi rezeki tak masuk-masuk juga.

Gaji dapat bulan tu, tapi kereta / motor asyik rosak.
Untung bisnes masuk banyak, tapi telefon hilang, barang niaga rosak.

Ada dua perkara.
1) Allah mahu uji keikhlasan kita kerana Dia. Kita berdoa dan buat amalan sungguh-sungguh mahu dapat ganjaran dari Allah semata-mata atau betul-betul mahu dekatkan diri kepada Allah.

Jangan berhenti dari terus meminta. Hanya Dia tempat kita bergantung harap.

2) Ada lubang yang buatkan rezeki kita tersangkut.
Apa dia?

👉 Kita sedekah dekat orang susah dan anak yatim. Tapi dengan ibu ayah dan saudara terdekat, kedekut.

👉 Kita solat sunat Dhuha selalu untuk jemput rezeki. Tapi jual produk yang tak ikut syariat Islam, post gambar iklan tak menutup aurat.

👉 Kita jaga hubungan dengan Allah sungguh-sungguh. Tapi ikhtilat dengan berlainan jantina tak jaga. Bercinta dengan yang tidak halal. Berkhalwat (berdua-duaan) dengan tunang sendiri.

Hidup.
Bila sudah makin dekat dengan Allah.
Usaha la tutup 'lubang' maksiat.
Bukan setakat rezeki je Allah mudahkan.
Malah hidup pun akan aman dan tenang sentiasa.

Kembalilah pada Allah.
Hiduplah dalam Syariat Islam.
Moga selamat dunia akhirat.

Allah Jua Maha Tahu 🌷😊.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...